Kata Kerja Transitif
a. Kata Kerja Transitif ialah kata kerja yang tidak boleh berdiri sendiri. Kata kerja ini memerlukan ‘objek’ di hadapannya sebagai pelengkap.
Contoh : Ayah saya menjalankan tugas. (‘tugas’ ialah pelengkap)
b. Imbuhan Kata Kerja Transitif
b. Imbuhan Kata Kerja Transitif
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….kan’ : menjalankan, menceritakan
-perkataan yang berimbuhan ‘meN….i’ : menjalani, mengubati
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….kan’ : memperjuangkan, memperkayakan
-perkataan yang berimbuhan ‘memper….i’ : memperingati, memperbaiki
-perkataan yang berimbuhan ‘ber….kan’ : bertemankan, bersuamikan
-imbuhan ‘meN…’ yang diikuti kata nama : menyanyi lagu, menyapu sampah
Kata Kerja Tak Transitif
a. Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri tanpa pelengkap. Jika ada perkataan lain di hadapannya, perkataan atau frasa itu dipanggil penerang.
b. Contoh :
i. Ayah berjalan di tepi pantai. (boleh berhenti selepas ‘berjalan’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)
ii. Adik berlari ke hujung jalan. (boleh berhenti selepas ‘berlari’)
c. Imbuhan Bagi Kata Kerja Tak Transitif
-perkataan yang berimbuhan ‘ber…..’ : berjalan, bercerita, bekerja
-perkataan yang berimbuhan ‘ter….’ : terangkat, terbawa, tercapai
-perkataan yang berimbuhan ‘di…’ : diangkat, ditembak, diambil
-perkataan yang berimbuhan ‘di ….kan/i : dijalankan, dihadiahi, dihadiahi
-perkataan yang berimbuhan ‘diper…kan/i : diperdayakan, dipersalahi
-imbuhan ‘meN….’ yang diikuti ‘tempat’ : menyanyi di pentas (tempat)